CINTA ALAM KEROHANIAN
Semua agama, menurut Rumi, mengajarkan pentingnya cinta, yaitu cinta kepada alam kerohanian yang merupakan asal-usul kehidupan manusia. Cinta kerohanian semacam itu dapat
menembus perbedaan ras, bangsa dan agama. Dalam sebuah sajaknya Rumi mengatakan
bahwa hakikat manusia sebenar ialah kedirian-nya yang bersifat spiritual atau
rohani. Diri spiritual manusia tidak berasal daripada tanah atau api, tetapi
daripada Sang Maha Pencipta.
Apa yang mesti kulakukan o Muslim? Kerana aku tak mengenal diriku.
Aku bukan Kristian, Yahudi, Majusi dan bukan pula Muslim.
Aku tak berasal dari Timur atau Barat, tidak dari darat atau lautan.
Aku tidak dari alam, atau angkasa biru yang
berputar-putar.
Aku tidak dari tanah, air, udara atau api.
Tidak dari bintang zuhra atau debu, tidak dari kewujudan dan wujud.
Aku tidak berasal dari India, China, Bulgar atau Saqsin.
Tidak dari kerajaan Iraq atau Khurasan.
Aku tidak berasal dari dunia ini, tidak dari alam akhirat,
Tidak pula dari syurga atau neraka;
Tidak daripada Adam dan Hawa, atau Taman Eden dan Malaikat Ridwan
Tempatku tidak bertempat, jejakku tidak berjejak.
Kubuang dualitas, kupandang dua alam satu semata;
Satu sahaja yang kucari, Satu yang kukenal, kulihat
dan kuseru
Dialah Yang awal dan yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin.
Dalam sajak di atas Rumi pertama-tama menyatakan bahawa cinta sejati dapat membawa manusia menembus bentuk-bentuk
zahir dan mencapai hakikat tertinggi kemanusiaan. Kerat terakhir sajak di atas
merupakan petikan ayat al-Qur`an yang menjelaskan bahwa Tuhan itu Abadi, serta
Maha Nyata dan sekaligus Maha Ghaib.
Tuhan itu Maha Nyata apabila manusia dapat
membaca tanda-tanda kebesaran-Nya dalam penciptaan alam semesta dan diri
manusia. Tanda-tanda kebesaran Tuhan dalam diri manusia ialah penciptaan roh,
yang merupakan pusat kehidupan manusia. Menurut al-Qur`an roh manusia itu
dihembuskan Allah ke dalam tubuh, dan dengan rohnya itu manusia menjadi khalifah Tuhan di atas bumi. Tanda kebesaran Tuhan yang lain dalam diri manusia ialah adanya akal dan fikiran yang merupakan fakulti kejiwaan utama, dan akal fikiran tidak dimiliki oleh makhluq lain kecuali manusia. Kerana memiliki akal dan cinta manusia dapat menyerap berbagai pengetahuan tentang alam nyata
mahupun alam kerohanian. Baca juga KESAKSIAN KITA
Bagaimana reaksi Anda tentang artikel ini?
Comments
Post a Comment
SILAHKAN BERKOMENTAR SESUAI DENGAN TOPIK ISI ARTIKEL YA .......